y a d d e u
home twitter facebook official +follow
disclamiar
annyeong guise
yad rabiaun {21} malaysian

chat
leave footsteps

credit
thanks bih

©nurin
thank you bih

« back
next »
Hi, Kpoppers Haters.
May 29, 2012 - 1 comment

Ini entry untuk mengutuk Kpoppers Haters. Kalau anda taknak bontot anda kepanasan jadi silakan memakai vaseline sebelum membaca entry ini. Ya, memang khas dan spesial untuk Kpoppers Haters.

Assalamualaikum.

Sekarang ni aku dah mula bosan dengan semua cacian dan tamahan daripada Kpoppers Haters ni. Okay kenapalah aku hari ni tulis bahasa baku gila kan? Okey sebenarnya adalah seseorang ni mengatakan blog aku ni dah macam apa sekejap bahasa melayu sekejap bahasa hangul. Baiklah, kali ini untuk bagi kau faham apa aku cakap, aku akan tulis dalam bahasa melayu. Ini yang kau mahukan kan? Baiklah aku akan terangkan jawapan kepada soalan yang kau tanya pasal Kpop. Eh Korean Pop. Kau kan tak faham bahasa singkatankan?

Kau kata, Korean semuanya, okay punya gebang dia SEMUANYA buat plastic surgery. Kau tahu tak, sebenarnya Kpop artist telah dilatih about 5 years sebelum jadi artist? Dan semuanya agensi diorang yang tetapkan dan paksa apa yang diorang kena buat. Sebab memang diorang dah kerja bawah agensi orang tu takkan nak bantah? Cerita pasal gebang kau tu, tak semualah bang yang buat plastic. Tak semua. Normal lah tu sebelum jadi artis sakai gila lepas artis cantik. Diorang pergi spa bukan mandi tak pakai sabun macam awak. Jangan cakap spa pun tak tahu, memang nak kena bantai :3

Kau kata, Korean ni illuminati dan freemason. Okay, benda yang tak sepatutnya kau tahu, kau nak tahu. Kau tahu tak benda tu kepercayaan orang Kristian? Better kau Google-ing lah dulu sebelum cakap aku ni kafir dan murtad sebab minat Kpop. Aku mengaku aku pun dipihak yang salah sebab minat benda ni. But, tak adalah sampai murtad kan? Kau percaya ke simbol-simbol tu yang membuatkan diorang kaya? Bagi famous? Kau belajar tak agama Islam yang semua rezeki Allah yang bagi. Diorang dah trainee about 5 years, semestinya diorang akan berjaya. Kau fikir diorang just tepek simbol tu dan duduk mengangkang and tunggu famous dan duit tu jatuh daripada langit? Mustahil lah bro. Cerita pasal illuminati dan freemason, antara simbolnya adalah pyramid, baphomet, All Knowing (EYE), Anarchy tounge dan sebagainya. Aku hari-hari buat benda-benda tu but sampai sekarang aku tak famous sebab aku tak usaha pun nak famous. So that a proof that benda ni tak wujud. Cuba berfikir daripada luar kotak fikiran kau. Si Lee So Man tu pun satu, bagus sangatlah fikir yang Illuminati dan Freemason yang bagi dia kaya. Pfft -.-'

Kau kata, Kpoppers ni over-acting minat Kpop nak jerit-jerit depan PC dan jerit-jerit macam budak tak normal. Okay semestinya weh nak proof-kan kita ni truth Kpoppers mesti kena jerit-jerit depan PC sebab diorang tu comel hot dan etc. Okay aku tak pernah buat ok? So tak semualah macam tu. -.-'

Kau kata, Kpoppers ni membazir duit beli barang-barang Kpop (maksud kau sebenarnya bias kan?) dan album. Sebenarnya, mungkin agak sedikit membazir but nevermind. If kau Kpoppers kau akan faham bagaimana perasaan kami. Kalau kau lah, tengok kawan kau hisap rokok kau seorang je tak mesti kau rasa macam pondan kan? Jadi mesti kau akan merokok juga. Sama juga macam Kpoppers, nampak orang semua beli album, kita je tak. Rasa macam bukan truth Kpoppers so confirm kita decide nak beli, rights?

Kau kata, Kpop ni kalau buat stage beli ticket mahal-mahal atau bersusah payah nak pergi concert diorang lepas tu menari lips sync (Lips Sync = Hanya gerakkan bibir seakan-akan menyanyi padahal tidak). Aku cabar kau menari lagu yang paling senanglah. Lagu Mr Simple tu hah. Kau menari sambil menyanyi daripada intro sampai tamat. Mengah tak mengahlah kau kan? Eh kau cuba search sendiri dekat Youtube MR REMOVED mr simple atau apa-apa tajuklah. Kalau kau tak tahu Mr Removed tu apa, Mr Removed tu adalah live diorang yang telah di-edit me-remove musik atau merendahkan volume musik daripada lagu diorang. Kau tengok sendiri, the proof yang Kpop ini bukan lips sync. Nah kalau pemalas sangat buka video bawah ni;




Sekarang ni aku nak cabar kau menari satu lagu di antara 4 lagu ni. Menyanyi tanpa lips sync. Boleh tak? Semestinya kau akan termengah-mengah. Belajar Science kalau nak tahu. Hati kau akan kekurangan oksigen dan berdegup dengan laju jadi susah kau nak kawal suara kau. Kau boleh ke jumping, shuffling etc. Semestinya suara kau akan broken time nyanyi jadi mestilah diorang akan letak back up voice tapi tidak semestinya diorang akan lips sync.

Okay kau ada cakap juga Kpop ni seksi. Tak baik untuk orang Islam. Baiklah, itu aku tahu aku di pihak yang salah. But sebelum kau tegur orang, better kau delete je lah photo-photo yang kau tunjuk abs aka six packs aka gelembung perut macam busung tu sebelum kau nak judge Kpop. Lagi satu, kau jangan samakan manusia kafir dengan Islam sebab diorang ni bagaikan minyak dan air. -.-'

Kau cakap, kenapa aku mesti backing Kpop ni sangat sedangkan Tuhan kau sendiri taknak back up? Sebab masalahnya sekarang kau bukan kutuk Kpop je tahu? Kau kutuk Kpop, kau kutuk dengan peminat-peminat dia sekali. Kau sedar tak, Kpoppers tak kacau hidup kau pun. Kalau kau diam, ada tak orang kacau hidup kau? Tak adalah weh. Tak ada. Kau je yang tut sangat cari pasal dengan Kpoppers kenapa? Semestinya kau kena bashing. :)

Senang cerita, kalau tak minat Kpop tu tak perlu nak cari bukti yang Kpop tu teruk. As Islam, Kpop tu memang teruk. Tapi, setakat plastic, illuminati tu just small things. Tak perlu nak besarkan benda tu. Bontot kau berapi? Hahah I've told you use Vaseline. Kalau kau rasa kau just tak minat Kpop sebab apa-apa alasan tak apa. :) Ini aku tujukan dekat manusia yang dah lah tak minat Kpop lepas tu cari pasal dengan Kpoppers. Kalau tak minat, why nak bashing Kpoppers kenapa tak bash SMent tu? :)

Kalau ada sakit hati, terkasar bahasa tersalah bicara dan terasa harap maaf. Bye.

Labels: ,