y a d d e u
home twitter facebook official +follow
disclamiar
annyeong guise
yad rabiaun {21} malaysian

chat
leave footsteps

credit
thanks bih

©nurin
thank you bih

« back
next »
DESTINY [ONE-SHOT]
September 15, 2012 - 0 comment


credits to; HusnaHmzh

Not really recommend to read this fic because it's freakin stupid. Stupid storyline, stupid everythings. But, still readable, enjoy.


      Gaun putih disertakan dengan manik-manik berkilau terletak kemas dibadan aku. Diwajah, terletak beberapa jenis warna sebagai penyeri. Rambut telah di ikat cantik dan kemas. Rasa gementar mula terasa di dalam hati. Veils telah diletakkan dikepala kemas. Diandam oleh seorang gadis yang cukup rapat dengan aku, Se kyung eonnie.

      "Wah cantiknya kamu, Nana." puji eonnie ku itu. Walaupun dia mengambil dalam kursus perubatan, dia juga tidak kurang hebat dalam bidang fashion dan make-up. Masih menunggukan kehadiran pengantin lelaki.

      "Eonnie nak tahu tak? Tentang kisah percintaan kami berdua? Kisah percintaan kami berdua memang perit." aku membuka cerita. Dia terdiam, sepertinya ingin tahu.

      "Eonnie nak tahu ceritanya?" aku sukarela mahu menceritakan kisah tersebut.

      "Yah! Ceritakan kepada saya!"

      "Masa tu.."

Flashback.

      Rambut aku dibiarkan jatuh dan terbang bebas. Baju dipadankan sama jaket baju, juga skirt dan kasut tumit tinggi. Sedang menunggu klien dibutik. Katanya hari ini dia akan mengambil baju pengantinnya, dan majlis perkahwinannya akan berlangsung sebulan lagi. Telah aku kibas-kibaskan sedikit baju itu, mengamati baju tersebut supaya ianya kelihatan perfect.

      "Bolehlah ni." Tidak mahu sebarang kecacatan dibaju tersebut. Menunggu pelanggan untuk mengambil bajunya ini. Setiap rekaan aku, memang amat digemari orang ramai. Setakat ini, aku masih tidak menghampakan sesiapa. Disangkutkan dipenyangkut baju.

      "Hoi Nana!" Raina menergah aku daripada belakang membuatkan aku hampir terlepas baju tersebut. Walaupun aku tidak memandang siapa yang menergah aku, tapi aku tahu siapa gadis puaka tersebut.

      "Rainaaaaa!"

      "Mianhae mianhae."

      Menyampah aku. Itu je lah modal dia, maaf maaf tak habis-habis. Baju gaun pengantin berwarna putih diletakkan diatas meja kemas. Tidak membenarkan walaupun sebutir manik pun jatuh. Setiap jahitan, melambangkan karya seni aku.

      "Eh Lizzy mana?" soalan pantas diajukan.

      "Hm macam tak kenal je dia. Cari manisanlah tu. Hidup dia kan berpandukan manisan dia tu je." selamba Raina memerli gadis tersebut.

      "HOI RAINA HOW DARE YOU TIKAM BELAKANG I." tersembur air yang diminum Raina. Tergelak aku dibuatnya melihat telatah mereka berdua yang tak pernah matang sejak sekolah rendah lagi.

      "Bila masa I tikam belakang you?" melihat mereka berdua ni, tidak tumpah seakan budak kecil. Sabar je lah. Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka, semestinya kali ini pelanggan yang datang untuk mengambil bajunya ini. Seperti dijanjikan, pukul 1 tepat, dia mengambil bajunya.

      "Hi, ini Mr...?"

      "Kim Jong in."

      "Ah ya, Mr Kim Jong in, ini baju tempahannya."

      Diambilnya perlahan baju tersebut. Meneliti setiap butir baju tersebut, membelek-belek setiap jahitan. Yang peliknya, reaksi wajahnya langsung seperti tidak tertarik terhadap baju rekaan aku itu.

      "Mr Kim Jong in, baju ini ada yang tak kena?" soalan diajukan risau.

      "Ah? Tidak tidak. Cuma, haha sebenarnya kami tak jadi kahwin. Jadi saya terfikir kepada siapa harus saya berikan baju ini." jawabnya. Tercengang aku dibuatnya. Ta-tak jadi kahwin?

      "Seriously? I am sorry. Saya tak tahu perkara tersebut."

      "Oh it's okay. Jadi ini bayarannya. Terima kasih." sehelai cek diberikan.

      "Terima kasih kerana memilih butik kami. Sila datang lagi."

      Duit telah dihulurkan, rasa segan pula mahu menerima duit yang diberikan. Ye lah, dia pun tak jadi kahwin, beribu duitnya habis untuk membelas sehelai gaun. Tup-tup, tak jadi. Kesian betul. Kalau dah tak ada jodoh, nak buat macam manakan? Sebab itu, aku tidak pernah teringin untuk bercinta, takut terjadi perkara sebegini.

      Aku melabuhkan punggung, duduk dikerusi kaunter. Berlarinya dua ekor monyet terkedek-kedek. Semestinya dia ingin tahu apa terjadi sebentar tadi. Mungkin melihat reaksi lelaki tersebut?

      "Nana, Nana! Apa jadi tadi? Wajah lelaki yang nak melangsungkan perkahwinan semestinya muka berseri macam diamond. Ini, murung semacam je. Kenapa?" tanya Raina yang sememangnya kepoh.

      "Ah~ dia tak jadi kahwin." balas aku tanpa cerita panjang.

      "Jinja?! Kenapaaa?!" kali ini Lizzy pula mengajukan soalan.

      "Kalau kamu berdua kepoh nak tahu sangat, pergi kejar lelaki tadi. Tanyalah dia soalan puas-puas. Saya tak tahu, saya bukan Paparazzi." sindiran dilemparkan dengan senyuman sinis membuatkan dua-dua orang kawan aku ini mencebikkan bibir.

      "Eottokhe. Kalau saya tahu dia dah single, boleh saya masuk line tadi." Lizzy mengeluh.

      "Betul tu. Serious dia kacak. Bodoh sungguh perempuan yang meninggalkan lelaki macam tu. Rugi rugi." Raina pula menambah. Membuatkan dua-dua seakan-akan diberikan tamparan hebat sekali, walaupun mereka berdua tidak ada kena mengena.

      "Hoi kamu berdua ni. Sudah-sudah lah tu. Banyak lagi kerja harus dibuat selain memikirkan tentang hal lelaki tadi." aku cuba menutup cerita tersebut.

      "Nana. Kamu cemburu ke kami berdua bercerita tentang jejaka tadi?" Raina memberikan aku satu tamparan hebat. Selalunya, apabila aku mendengar perkataan 'cemburu' semestinya akan terburainya gelak aku yang semulajadi keluar daripada anak tekak aku. Tapi kali ini, sepertinya, lain. Aku cemburu ke? Sedikit pun tidak terasa hendak ketawa, malah reaksi wajah aku berubah serta merta.

      "Ma-mana ada! Kamu berdua ni, merepek je lah. Dah lah, ni ambil penyapu ini, tolong saya bersihkan bilik stor sana. Sho sho." aku menghalau mereka berdua. Mereka akur, mengambil batang penyapu tersebut, jelingan sempat dilemparkan.

      "Ye lah, cik Nana kita ni kan, manalah percaya cinta pandang pertama." Raina memerli. Aku hanya tersenyum. Secara jujurnya, kenapa kepala otak aku masih terfikirkan tentang jejaka tadi?

      "Kim.. Kim Jong in" terkeluar daripada mulut aku.

      "Apa Nana?"

      "Ah? No-nothing.."

      Ah apa ni Nana! What's wrong with you. Wake up wake up. Ada banyak lagi kerja harus disiapkan. Perlahan dahi dipicit sendiri perlahan. Mahu membuang segala perasaan yang tidak diingini.

+++

      Beberapa jam selepas bekerja. Hari ini semua pelanggan telah mengambil baju tempahan masing-masing. Aku berasa lega kerana semua kerja aku telah disiapkan. Mata kuyu, tapi perut berbunyi. Kepala sedang memilih dua hala. Sama ada pulang ke rumah, atau Mc'Donulds yang di buka 24 jam.

      "Fine, Mc'Donulds."

      Pantas kaki mengarahkan badan menuju ke Mc'Donulds. Sememangnya aku adalah penggemar Mc'Donulds sejak kecil lagi.

      Setelah tamat menunggu di kaunter, perlahan aku menatang dulang yang terletaknya burger Big Mac, air coke dan kentang goreng di atasnya. Sos juga telah diambil, kini hanya perlu mencari tempat duduk. Tercari-cari aku kerana penuh sangat, kelihatan ternampak seorang jejaka yang menarik perhatian aku. Aku mendekatinya.

      Berdiri dihadapan lelaki tersebut. "Encik, boleh saya duduk disini? Tempat lain kosonglah." Menebalkan muka.

      Lelaki itu menaikkan wajah.

      "Eh, Mr Kim Jong in!" suara aku ditinggikan tidak semena-mena.

      "Kamu ini, yang di butik tadi tu kan?" tanyanya.

      "Yes. Maaf mengganggu. Boleh tak saya duduk disini?" sekali lagi aku meminta izin.

      "Oh silakan. Saya pun seorang je ni."

      Kelihatan semua makanannya sudah habis. Dipegangnya iPad dan melayari internet. Apa yang dilayarinya, aku tak tahu. Yang aku tahu, aku nak habiskan semua makanan ini pantas, balik ke rumah dan tidur.

      Perlahan punggung aku dilabuhkan.

      "Ah~ penatnya badan saya." keluhan daripada jejaka tersebut.

      Mulut penuh. "Kamu dah tahu penat, kenapa tidak pulang saja? Lagipun sekarang sudah larut malam." Disumbat lagi kentang ke dalam mulut.

      "Eh? Kamu makan kentang dulu?" soalan cepumas di ajukan.

      "Yes? Kenapa?" soalan diputarkan kembali.

      "Tidak. Selalunyakan, orang akan makan burgernya dulu, baru kentang."

      Itu pun nak persoalkan ke?!

      "Hahahaha~ Entah memang dah biasa kot." terpaksa.

      Habis kentang di dulang. Mengambil burger Big Mac, dibuka bungkusan burger itu perlahan. Hati menjadi teruja, hujung jari mengasingkan roti atas dan bawah burger. Ditinggalkan daging sendirian.

      Roti burger dimakan dahulu.

      "Eh? Kenapa kamu makan rotinya?" sekali lagi soalan cepumas dilontarkan.

      "Burger ini besar sangat! Tak muat mulut saya."

      Tergelak. "Gaya kamu makan ini lain daripada lain betul lah."

      Tersengih aku bagaikan kerang busuk.

      Ini masanya untuk aku membaham daging.

      Perlahan jari mengangkat daging ke mulut.

      "Kamu memakai kanta lekap, jika kamu memegang daging yang pedas tu, bagaimana kamu nak mengeluarkan kanta lekap itu nanti? Tentunya pedih mata kamu itu nanti."

      Whats wrong with this guy oh my God?

      Menelan. "Tidak, saya akan membuangkan contact lens ini setiap bulan. Hari ini kanta lekap ini akan saya buang. Lagipun esok saya akan dapat contact lens  yang baru. Stok yang baru." jelas aku.

      "Oh, kamu tunggu disini sebentar ya." perlahan dia bangun daripada tempat duduknya. Aku tidak mengendahkan, mungkin dia mahu mengambil sesuatu. Kelihatan, iPad nya ditinggalkan di atas meja, mungkin dia akan kembali.

      Beberapa minit sudah berlalu, dia datang dan duduk ditempat duduk yang sama. Kini, dia sedang menatang sesuatu. Aku amati kotak itu.

       "Contact lens?!"

      Sememangnya, aku memang penggemar kanta lekap. Bagaikan heaven apabila tengok pelbagai rekaan bentuk kanta lekap tersebut.

      "Sebenarnya, saya membeli ini untuk bekas teman wanita saya. Memandangkan kami tiada jodoh, dan tidak sempat untuk memberi kanta lekap ini kepadanya, apa kata kamu ambil saja." menghulur.

      Mulut penuh. "UWAAAAA~"

      Tisu di ambil, mengelap jari jemari. Lalu melihat satu persatu rekaan contact lens itu. Mata aku bersinar-sinar. Hati bagaikan sedang menari dengan rancak.]

      Dan lelaki itu sedang menahan gelak. "Kenapa kamu gelak?"

      "Perangai kamu, serupa dengan perangai bekas teman wanita saya. Dia pun penggila kanta lekap juga. Satu hari tak pakai, rasa nak demam. Hahahaha."

      Contact lens diletak perlahan ke tempat asal.

      "Kesian kamu. Majlis perkahwinan berlangsung bila?" soalan diajukan.

      Terdiam.

      "Hm esok." jawabnya

      "ESOK!?"

      Mata dibeliakkan sebesarnya.

      Mengeluh. "Yes. Apakan daya, hari ini dia minta putus kerana dia sudah ada pengganti."

      "Hm.." daging segera aku masukkan ke dalam mulut.'

      Baru aku sedar, jantung aku berdegup dengan kencang sekali. Kenapa ni?

      Tiba-tiba, mulut aku ditekap dengan sehelai tisu yang disediakan. Jejaka dihadapan aku sedang mengelap sesuatu ditepi bibir aku. Terdiam kaku.

      "Kamu ini makan comot betul lah. Geram pula saya tengok."

      Perasaan di hati mula menjadi tidak keruan. Selama ini, baru pertama kali aku merasakan kehadiran perasaan seperti ini. Tidak pernah sesekali seumur hidup aku, merasakan perasaan bahagia seperti ini. Bahagia, bercampur-baur dengan malu. Susah untuk diungkapkan.

      "Eh kamu balik ni naik apa?" soalan diajukan.

      "Ka-kaki.."

      Matanya dibeliakkan.

      "Mari saya hantar kamu balik."

      "Eh encik Kim Jong in, saya-"

      "Panggil saya Kai. Saya taknak dengar sebarang alasan. Selesai kamu makan, biar saya hantar."

      "Tapi Encik-"

      "Panggil saya Kai. Dah dah, biar saya hantar. Bahaya gadis secantik awak jalan malam-malam macam ni. Awak memang selalu ke pulang time-time macam ni?" perlahan topik ditukar.

      "Taklah. Hari ni banyak pelanggan nak ambil baju pengantinnya. Ada yang pukul 11 malam tadi baru nak ambil akibat beberapa masalah apa entah semua." burger sudah habis aku telan. Kini hanya tinggal sos dan air coke.

      Bingkas dia bangun dari tempat duduk. "Dah habis makan? Mari saya hantar kamu pulang." Dicapai tangan aku.

      "Tapi encik-"

      "KAI LAH."

      Ditarik kuat tangan aku. Nak taknak, aku terpaksa akur. Tapi, sesuatu sedang bermain dibenak aku. Kenapa aku dapat merasakan, genggaman ini terlalu hangat dan tenang? Ini kali pertama juga, aku dapat merasakan sentuhan hangat seperti ini.

      Berhenti dihadapan kereta hitam, dibuka pintu kereta perlahan.

      "Sila masuk." Kai memperlawa.

      "Th-Thank you..."

      Ditutup pintu kereta, lalu berlari-lari anak menuju ke pintu tempat pemandu.

      "Kamu tinggal dimana?" membetulkan stereng keretanya.

      "Er.. Nanti saya tunjuk arah. Kamu jalan keluar dahulu."

      Malam ini, kenapa aku rasa tidak sunyi seperti selalu. Setiap kali dia bercerita tentang topik yang dibualkan, aku seolah-olah kehilangan kata-kata. Tidak pernah sekalipun, aku fikir tentang wujudnya perasaan seperti ni. Ianya, seperti memalukan? Aku sendiri tak dapat memastikan perasaan aku sendiri.

      Beberapa minit sudah berlalu. Sedar tak sedar, kini aku sudah berada dihadapan rumah aku. Jong in mengamati keadaan sekeliling. Melihat rumah aku yang buruk, mungkin hati kecilnya sedang menghakim tentang status kehidupan aku.

      "Ini rumah nenek saya." aku memberitahu.

      Melihat sekeliling. "Oh ya. Lawa." balasnya pendek.

      "Dah jangan merepek. Saya balik dululah ye. Thanks tumpangkan saya. Goodnight."

      "Eh! Sekejap."

      Jong in memberhentikan hajat aku untuk keluar daripada kereta. Aku memandang ke arahnya kembali.

      "Hmm Nama saya Kim Jong in, but you can call me Kai. It's my nickname haha."

      Tersenyum. "I am Nana. And already knew your names."

      "Boleh saya minta nombor telefon kamu?"

      "Kamu ni macam-macamlah, Jong in. Nah ini nombor telefon saya." sekeping kad bisnes diberikan. Dia mengamati kad tersebut. Perlahan aku membuka pintu kereta, keluar daripada kereta. Lalu berdiri dihadapan rumah sebelum melihat kereta yang serba hitam itu berlalu pergi.

      Baru aku teringat, bukan ke dia dah ada nombor telefon aku?

+++

      Badan aku dibaringkan ke atas katil yang mampu menampung sehingga melebihi 140kg itu. Digolekkan badan ke kiri, ke kanan. Aku tak boleh tidur! Jam sudah menunjukkan 1 pagi, tapi aku masih tak boleh tidur. Kenapa ni?Minda aku dan perasaan aku sangat tak tenteram sama sekali. Diminda tidak boleh diputarkan suara milik lelaki tadi, juga sentuhan hangatnya.

      Whats wrong with me?!

+++

      Pagi itu, sandwich diletakkan ke dalam tupperware kecil. Masa mengatakan bahawa aku telah lambat, sangat lambat. Ini semua angkara malam semalam, tidak boleh tidur. Kenapa hidup aku sedih macam ni sekali.

      Sesampai dibutik. Nafas dihembus lega.

      Kelihatan butik telah dibuka. Mungkin Raina atau Lizzy sudah membukakan. Kelihatan seorang pelanggan sedang membaca surat khabar. Awal pagi sudah tiba dibutik mereka? Tidak terlalu mengambil serius dan terus mengunyah sandwich.

      "Hei Nana!"

      Lelaki ditempat duduk tadi menyapa.

     "Eh Jong in?! Kamu buat apa pagi-pagi dekat sini?" terkebil-kebil.

      Kelihatan Lizzy menatang dulang yang terletak air kopi. Langkah terhenti apabila melihat aku tercegat dihadapannya.

      Bunyi radio sahaja yang dapat di dengari.

      "Kamu, berdua ni.. date?" mengajukan soalan cepumas.

      Raina keluar dengan riang sambil menyanyikan lagu 'Shanghai Romance' bersama biskut. Nyanyian itu terhenti. Kami melihat antara satu sama lain. Tiada sebarang suara keluar. Hanya radio kedengaran.

      Cuba berkata-kata. "Eh, Nana. Ka-u datang lewat. Encik Kai ni datang kerana nak jumpa kau." Perlahan mendekati meja Jong in dan meletakkan dulang yang diletakkan secawan kopi di atasnya.

      "Saya bangun lewat, tak boleh tidur." aku menerangkan perlahan.

      Keadaan menjadi sepi kembali.

      Lizzy mengunyah biskut. Jong in menghirup kopinya. Raina bermain dengan jarinya.

      Mendekati tempat duduk Jong in. "Jong in, kenapa kamu datang ke mari? Ada apa-apa boleh saya bantu ke?"

      Dia berhenti menghirup. Cawan diletakkan kembali ke tempat asal.

      "Sebenarnya saya nak ajak awak bersarapan pagi. Kalau awak sudi." Jong in mempelawa aku

      Aku memandang ke arah Raina dan Lizzy. Tersengih seperti kerang busuk berdua.

      What should I do?!

      "Nana?" Jong in memanggil nama aku sekali lagi.

      "Oh ye. Jom lah. Kita pergi." serba salah aku dibuatnya untuk menerima pelawaannya. Tapi kalau aku tidak terima, kecil hati pula dibuatnya. Lagi aku rasa bersalah. Lagipun semalam dia telah hantar aku pulang, tak apakan sekali sekala? Keluar bersama lelaki.

+++

      Perlahan dia membawa keretanya cermat. Berpusu-pusu kereta dijalan raya yang sesak itu. Kami berdua terdiam, tiada sebarang topik untuk dibualkan. Hanya mendengar lagu-lagu yang diputarkan di dalam radio. Setelah beberapa buah lagu telah diputarkan, barulah Jong in memulakan perbualan.

      "Saya baru perasan, kamu memanggil saya Jong in kan?" soalan cepumas diberikan.

      Kenapa dia suka mengajukan soalan begitu cepumas sebegitu?

      Teragak menjawab. "Ah? Entah, saya lebih selesa memanggil kamu sebagai Jong in."

      "Rasa awkward pula, selama ni tak ada orang memanggil saya Jong in jika sudah tahu nickname saya adalah Kai."

      Aku orang pertama yang selesa memanggil namanya sebagai Jong in?

      "Nana, kamu tak ada teman lelaki ke?" 

      Tersedak aku tidak semena-mena hingga terbatuk beberapa kali.

      Meredakan batuk. "Sebenarnya, saya tak pernah terfikir pun untuk cari teman lelaki."

      Jong in mengangguk sahaja. Dia tidak nampak terkejut sama sekali seperti rakan aku yang lain.

      "Kamu tak terkejut ke, Jong in?" tanya aku sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

      "Terkejut kenapa?" soalan diputarkan.

      "Yang saya tak pernah ada teman lelaki."

      "Buat apa nak terkejut? Orang yang tidak pernah atau susah untuk jatuh cinta adalah insan yang istimewa. Kerana sekali dia jatuh cinta, dia akan menjadi lebih matang dan setia pada yang satu." Jong in membalas.

      Tersengih aku, kerang busuk alert.

      "Eleh bangga lah tu." Jong in menyindir.

      "Mana ada! Kaki saya gatal ah!" dibuat-buat menggaru kaki.

      "Tak pernah lagi saya jumpa gadis macam awak sekarang." Jong in memulakan topik baru.

      "Maksud awak?"

      "Awak ni jenis lain daripada yang lainlah. Gadis sekarang ni, cari pasangan semata-mata nak duit, bukan nak hati dan cinta. Tapi awak lain."

      Punggung kembang semangkuk.

      Mendehemkan tekak. "Mana awak tahu saya tak macam gadis lain?"

      "Sebab awak langsung tak pelik pada pakaian dan kereta saya!"

      Terdiam. Mata aku mengamati pakaian dia pada hari itu.

      "Apa yang pelik?" aku menanyakan soalan yang sama sekali aku tak faham apa yang dia cuba sampaikan.

      "Uh. Orang yang selalu membawa kereta sebesar ini, dengan memakai pakaian yang saya pakai ini, semestinya orang akan fikir saya adalah driver sahaja. Dulu setiap kali teman wanita saya menaiki kereta ini, dia akan bertanya "Awak driver ke?" dan dengan sengaja saya akan jawab "Dulu" dan kemudian dia akan bertanyakan bertubi-tubi soalan untuk memastikan saya ni betul-betul orang kaya." jelas Jong in mengeluhkan bibir.

      Aku cuma terdiam.

      Kau ni lain, Jong in.

      Sedar tak sedar, sampai juga disebuah gerai kecil ditepi jalan. Keadaan disitu kelihatan lengang sahaja. Kelihatan sebuah rumah pondok yang agak besar, diletakkan papan tanda bertulis "Restoren Kofun Shita!". Aku memandang Jong in.

#Kofun shita = Excited

      "Kenapa? Kamu rasa tidak selesa ke?" Jong in cuba memastikan aku selesa.

      "Tak. Cuma, restoren apa kamu bawa saya ni? Keadaan disini juga agak terpencil." aku menanyakan untuk kepastian. Lagipun aku ni amat cerewet dalam memilih tempat makan, takut makanannya tercemar. Tapi melihat daripada luar, memang bersih.

      "Restoren dekat sini ada macam macam jenis makanan Jepun. Kamu pernah makan tak? Ramen atau Sushi?" Jong in bertanya.

      "Oh oh! Ramen. Saya pernah dengar, tapi tak pernah cuba rasa." aku memberitahunya.

      "Okay, kamu boleh cuba hari ini! Jom!"

      Semangat dia nak makan ramen. Tapi yang buat aku lebih semangat apabila tangannya sedang menggenggam pergelangan tangan aku. Tersipu malu. Kuat dada dihentak.

      Digantung lukisan-lukisan wanita Jepun, tulisan-tulisan dan beberapa gambar makanan Jepun yang mungkin dijual disini. Kelihatan papan menu tertulis dalam tulisan Jepun, aku tak faham langsung.

      Aku duduk dimeja manakala Jong in pula duduk disebelah aku. Kelihatan seorang lelaki berumur berdiri dihadapan. Tiba-tiba Jongin berkata-kata sesuatu yang aku tidak pasti kepada lelaki tersebut.

      "Kamu cakap apa tadi?" pantas mengajukan soalan.

      "Saya tahu cara untuk memesan makanan je."

      Tergelak.

      Aku melihat keadaan sekeliling. Amat tenang sekali. Jalan diluar tidak terlalu sibuk. Begitu juga dengan udara, segar sekali.

      Nada dering telefon bimbit berbunyi, membebaskan aku dari lamunan. Pantas tangan menyeluk bag tangan.

      "Jong in, saya.."

      "Okay."

      Aku meninggalkan Jong in sendirian. Keluar dari gerai itu. Pantas jari menekan butang hijau, kedengaran suara lelaki dihujung talian.

      "Hello?"

      "Yes, ini siapa?"

      ...

      "What?!"

       Panggilan masih berjalan.

       Nich-Nichkhun?

      Bibir terketar-ketar. "Errr.. Nick..? Ma-mana Nick dapat nombor telefon Nana..?"

     "Raina. Tadi saya ke butik kamu." perlahan aku mendengus.

      "Oh yeke. Hahahahaha~" ketawa palsu dilemparkan. Perasaan gerun dan takut bercampur aduk. Bagaimana dia tahu butik aku tu? Raina tu, kawan sekampung yang memang tak boleh simpan rahsia!

      "Jadi Nana dimana ni?" soalan ditanya.

      "Errr... Sarapan pagi."

      "Nanti lunch kita jumpa dekat Cafeteria tempat biasa kita pergi dulu. Nana masih ingatkan?" terpinga-pinga aku mengingati cafeteria yang dimaksudkan.

      Oh, cafe itu.

      "Baiklah, kalau saya tidak busy. I need to go. Bye."

      "Okay. Bye Na-."

      Pamitan diputuskan.

      Damn it, sekarang semua dah terbongkar.

      Nichkhun, lelaki yang paling dibenci oleh Nana. Dia juga tunang aku, pilihan ayah aku. Aku boleh terima lelaki itu dulu, tapi sejak dia mempermainkan aku. Melihat dia berpegang tangan, beramah mesra, bercium pipi bersama gadis lain. Itu memang tidak dapat dimaafkan sama sekali. Itulah sebab aku lari dari keluarga dan lelaki dayus itu. Aku tidak mahu berkahwin dengannya. Tidak sama sekali.

     Aku duduk ditempat tadi. Gigi diketap kuat.

     "Siapa yang telefon kamu tadi? Ini ramen kamu." Jong in menjamah semangkuk mee.

      "Ah? Haha salah orang agaknya. Saya tak kenal dia pun." mulut aku menipu laju.

      Semangkuk mee dihadapan aku. Mee itu dipandang kosong. Tiada selera sama sekali, minda tidak keruan. Ini semua gara-gara lelaki tak guna tu. Keluhan dikeluarkan perlahan.

+++

      "Thank you, Jong in. Thanks sebab belanja saya." aku membongkokkan badan beberapa kali kepada Jong in yang sedang di dalam kereta.

      "It's okay, see you later." tersenyum

      Raina berlari ke arah aku. "Nananananananananananananananana!" nama aku disebut ulang-ulang kali oleh Raina. Lizzy menarik-narik tangan aku.

      "Raina! Lizzy! Kenapa tarik-tarik ni!" aku merungut lalu melepaskan cengkaman mereka.

      "Ala Nana ikut je lah kami. Kami ada sesuatu nak tunjuk kepada kau ni." Lizzy masih beria-ia menarik aku untuk masuk ke ruang tamu butik tersebut. Aku masih tidak sedap hati. Dua ekor ni aku gigit juga sekor-sekor kang.

      "Hah cuba tengok situ siapa." Lizzy menunjukkan seorang lelaki, yang rambutnya blonde diatas sedang membelek-belek surat khabar dan membelakangi aku. Gaya duduknya tidak tumpah seperti seseorang yang pernah aku jumpa sebelum ini.

      Nichkhun?!

      "Lizzy! Raina! Aku nak keluar!" perlahan aku merendahkan suara dan separuh menjerit kerana aku tidak sanggup berjumpa dengan manusia keji tu. Badan kuat memaksa diri melepaskan dari cengkaman mereka berdua, tapi aku tidak mampu.

      "Nana! Listen to me! Aku tak lepaskan kau selagi kau tak tamatkan lakonan kau dengan dia. Kau kena juga selesaikan masalah ini. Kau dah menghampakan perasaan dua orang lelaki, kau tahu tak? Kamu dah menghampakan perasaan Nick dan ayah kau."

      Betul juga, sampai bila aku nak teruskan penipuan aku?

      "You can do it. Just go! Hwaiting!" Lizzy memberi semangat dengan penuh aegyo lalu menyumbat yugwa ke mulut kembali.

      Kaki aku berjalan ke arah Nichkhun, dengan langkah yang pendek. Perlahan bahunya dia aku sentuh, menandakan kehadiran aku. Segera dia memandang ke arah aku. Senyuman terukir diwajahnya. Aku cuba sedaya upaya, melemparkan senyuman palsu. Senyuman palsu. Ya.

      "Nana! My dear oh God." bingkas dia bangun daripada sofa lalu memeluk aku erat.

      Tidak tertarik sama sekali.

      Perlahan aku menolak dadanya, menjarakkan sedikit ruang.

      "Nick.. Kamu buat apa dekat sini?" perlahan aku mengajukan soalan, agak curiga sedikit.

      Terdiam.

      "Nichkhun?"

      Menarik nafas dalam. "Umm Nana. Actually Nick datang ni, Nick nak bawa Nana balik.."

      "NO!" pantas mulut aku membantah.
       "But why? Ayah, adik. Mereka rindukan Nana. Nick pun, Nana." Nichkhun cuba memujuk.

      Tapi aku menyampah.

      "Tak mahu." aku membantah, lagi.

      "Tapi kenapa? Kamu tidak rindukan mereka?"

      "Sikit pun tak." mulut aku menipu laju.

      "Nana. Kamu bohongkan?"

      "I'm not! Just lemme alone, Nick."

      "But-"

      "UGH!"

      Pantas aku menolak bahunya, meluru keluar. Hidung dan mulut ditekup, air mata mula mengelinang. Laju tangan mendail nombor milik Jong in.

      Mengawal sebak, mengawal suara. "Hello Jong in. Ambil saya dihadapan butik ni cepat."

      Pamitan diputuskan, Jong in belum sempat menjawab apa-apa.

      Aku keluar dari butik. Kelihatan kereta milik Jong in masih ditempat parking. Jong in berdiri ditepi kereta hitam itu, melihat aku kebingungan.

      Nichkhun, Raina dan Lizzy berlari keluar.

      Pantas aku berlari menuju ke arah Jong in. Niat untuk melarikan diri aku terhenti apabila  aku dikejutkan dengan suara Nichkhun yang memanggil aku.

      "NANA!"

      Orang sekeliling memandang seketika. Aku langsung tidak memandang.

      Kedengaran kini suara dibelakang. "Nana, itu siapa?" Nichkhun bertanya. Aku memandang ke arah yang berdiri dihadapan aku. Jong in masih terpinga-pinga.

      Fine, I'm just gonna do this.

      "Nick, kau tengok ni."

      Aku merampas leher Jong in, membuatkan dia terbongkok. Bibir aku ditekup ketat ke bibir Jong in. Walaupun ini ciuman pertama aku, tapi aku tidak fikir apa lagi. Apa yang aku fikir, aku dapat lepas dari cengkaman manusia keji itu.

       Ciuman dilepaskan. Memandang ke arah Nichkhun yang terkaku tidak berkelip. Lizzy dan Raina juga terdiam membisu. Lalu pantas aku masuk ke kereta, Jong in masih tergamam. Matanya dibulatkan sebesar-besarnya.

      "Jong in! Masuk dalam kereta!" aku meneriak. Dia tersedar daripada lamunan. Mukanya masih terpinga-pinga bercampur terkejut. Lalu dia terus membawa keretanya tanpa arah tuju. Aku masih kehilangan kata-kata apabila teringat adegan ciuman tadi.

      "Jong-Jong in, sorry." terketar-ketar aku mengucapkan perkataan tersebut.

      "Its-okay. Kenapa kamu buat macam tu?"

      "Untuk melarikan diri daripada lelaki tadi. By the way, itu bukan ciuman pertama kamu, kan?" perlahan aku memusingkan soalan.

       "Nope. It's my first kiss. Baru dua bulan lepas adalah hari jadi saya yang ke-18."

      "WHATTTT?!" aku terjerit didalam kereta. Dia tersenyum. Aku menekup bibir aku, terkejut sangat. Baru beberapa bulan dia masuk 18, hari ini aku dah rampas ciuman pertamanya. Tanpa rasa cinta pula tu!

      Tanpa rasa cinta? Betul ke?

      "It's okay. It's nice."

      "What? It's nice?"

      Tersedak. "NO NO. Maksud saya... Err...."

      "APA APA?"

      "Nana lapar tak?"

      "Eleh nak tukar topik."

      Seharian aku dan dia di dalam kereta. Pusing-pusing bandar, tanpa arah tuju. Bersama Jong in. Berbagai topik dibualkan. Salah satunya adalah tentang asal usul dia, sejarah silam dia dan perbuatan nakal yang dia buat ketika kecil. Terburai ketawa apabila dengar lawak jenaka yang dia buat.

      "Ah noona~ kita nak ke mana ni. Saya dah penat memandu." Jong in mula merungut. Dia sudah mula mesra dengan aku.

      "Dongseng ah penat? Jom makan Mc'D." aku mempelawanya.

      "YAH MAKAN JE. Gemuk nanti baru tahu." Jong in mendengus marah gurau.

      "Mana ada, kamu tu kena makan banyak. Badan macam papan je saya tengok haha!" sindir aku.

      "Hoi, ada abs k?" dia mula membantah.

      "Eleh tunjuk sikit." aku mencabarnya.

      Tiba-tiba, seperti tidak disangka, Jong in menyelak bajunya sehingga parat dada lalu menunjukkan bukti bahawa dia juga mempunyai abs. Segera aku mengalihkan pandangan. Hati aku bergoncang kuat. Pipi merah, sangat sangat merah.

      "YAHHHHH JONG INAHHHHHHHHHHHH! TAK MALUUUU!"

      "Apa apa? Sorry saya tergoda awak." Jong in membuat gurauan. Gurauan kini, membuatkan jantung aku berdegup laju. Dada aku pegang, dapat merasakan degupan itu sangat laju menghentak-hentak tangan aku.

      "Jong in. Jangan buat gurauan macam tu lagi. Saya rasa tidak selesa pula." aku jujur kepadanya. Daripada senyuman, kini dia mencebikkan bibir perlahan. Kenapa dengan aku ni? Kenapa perasaan ini tiba-tiba wujud dalam hati aku? Aku tak pernah inginkan perasaan ini. Ini sangat menyeksakan.

      "Sorry. Saya tak sengaja." Jong in mula rasa serba salah. Aku hanya mendiamkan diri.

      "Jong in, saya nak pulang."

      "Okay."

      Jong in membuat 'U turn' dan segera menuju ke rumah aku. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kami berdua hanya diam tidak berkata apa-apa. Masing-masing tiba-tiba rasa awkward. Jong in muka masih rasa bersalah atas gurauan yang melampau tadi. Gurauan yang membuatkan rasa ingin menjerit.

+++

      Kaki lemah melangkah masuk ke bilik tidur yang serba kayu. Lampu yang malap, dinyalakan. Perlahan meletakkan beg tangan di meja make-up. Membuka jaket yang dipakai sejak pagi tadi. Lalu perlahan mencampakkan badan aku ke katil yang mampu menampung sehingga 140kg.

      Kepala aku terfikirkan Jong in. Wajahnya, baunya, terus dan terus dimainkan di dalam minda tanpa henti. Hati ini semakin perit dibuatnya. Setiap kenangan, keep playing in my mind. Tentang dia mengelapkan bibir aku, menarik tangan aku, ciuman itu, tunjuk abs dia, semuanya daripada tadi dimainkan dikepala aku. Hati aku jadi semakin laju berdegup. Sakit dada aku dibuatnya.

      Aku ni dilamun cinta ke?

+++

      "Thank you! Datang lagi." kelihatan Lizzy baru sahaja dapat memuaskan hati pelanggan. Aku? Hanya terduduk diam, terfikirkan tentang lelaki itu lagi. Hidup aku rasa tidak tenteram sejak jumpa dengan lelaki tu. Pen perlahan aku random lukis di atas kertas. Tanpa aku sedar, aku telah menghasilkan pelbagai corak.

      "Nana! Kau ni kenapa muka tak semangat je. Senyumlah sikit, kan kita tengah kerja ni." Lizzy memberi semangat kepada aku untuk bekerja. Tapi, aku memandang ke arahnya kosong. Sama sekali tidak dapat menaikkan semangat aku walaupun sedikit. Perlahan dia duduk menyelit disebelah aku.

      "Nana, kau ada masalah apa ni? Kau masih fikir tentang Nick ke?" Lizzy menanyakan soalan yang boleh dikatakan soalan bodoh sedunia.

      "What?! Ugh Nick go die."

      "Yah! Apa yang tak kena dengan kau ni? Jadi apa masalah dia?" Lizzy masih cuba bersabar dengan aku. Gula-gula kapas secubit demi secubit di masukkan ke mulut. Wajahnya ku pandang kosong. Mencebikkan bibir, adalah tabiat aku.

      "Kau rasa, teruk tak kalau jatuh cinta?" soalan cepumas diajukan.

      "Mana ada! Jatuh cinta adalah perkara paling indah tahu?" Lizzy menerangkan lagi.

      "Perkara paling indah? Tapi kenapa saya rasa tidak tenteram?" aku memberitahunya lagi.

      "Kamu jatuh cinta? Haha dah agak dah~ selalunya orang jatuh cinta ni dia jadi tak tenteram sebab dia rasakan cintanya dengan kekasihnya itu seperti mustahil untuk bersatu. That's why dia tak tenteram." Lizzy menerangkan serba sedikit. Kini pandangan aku berubah ke arahnya dengan penuh erti.

      "Jinja? Kau terkejut tak kalau aku cakap, aku dah jatuh cinta?" aku mula yakin, secara tiba-tiba.

      "Tidak sama sekali. Aku tengok gaya kau yang berubah ni pun dah dapat cukup memastikan aku yang kau dah jatuh cinta. Agaknya siapalah lelaki yang kau dah jatuh cinta tu. Opps~ Jong in lettew~" (lettew - lah tu)

      "Hish!" penyakit gedik aku datang.

      "Eleleleleleh menyampahlah aku." Lizzy mula menyakat aku. Kami berdua tergelak.

      Tiba-tiba seseorang masuk kedai. Kedua-dua kepala memandang ke arah pintu, memikirkan itu adalah pelanggan.

      "What?! Nick?!" terkejut katak mati busung aku dibuatnya apabila melihat jantan tak guna tu masuk butik. Macam lipas kudung aku cari tempat untuk menyorok, tapi tak mampu kerana jalan keluar aku telah dihalang oleh Lizzy. Lizzy hanya tersengih macam cekodok basi, sedang aku dah macam cicak. Terkebil-kebil.

      "Alamak! Saya lupa saya kena jumpa Raina! Kamu berdua berbual dululah, nanti saya pulang balik. Gtg, annyeong~" Lizzy cuba mengelak. Terkejut aku dibuatnya, serta merta seperti aku mahu lari mengikut dia.

      "WHAT LIZZY! LIZ LIZ! HOI!"

      Terkedek-kedek bontot dia lari keluar daripada pintu butik. Aku berdua sahaja dengan manusia keji ni. Ugh dah lah bau macam mandi perfume. Sakit hidung aku. Beberapa kali telah aku gosok hidung aku.

      "Nana, I need talk with you. Only me, and you."

      "Err.. oo..kay." laju aku bersetuju. Aku sendiri tak tahu kenapa.

+++

      Di sebuah cafeteria. Tak pernah aku datang ke sini, hanya orang-orang kaya je kot yang akan minum petang disini. Terkebil-kebil aku tengok orang disekeliling aku. Masing-masing nampak elegan.

      "Sebenarnya Nick nak cakap pasal apa ni?" tanya aku sambil menghirup secawan kopi.

      "Family Nana." sejurus sahaja mendengar perkataan itu keluar daripada mulut Nick, seperti tidak semena-mena tersedak aku dibuatnya kopi yang panas tu. Aku menepuk dada sendiri sambil membetulkan anak tekak sendiri.

      "Sorry Nana. Keluarga kamu semua merindui kamu. Tolonglah pulang, ye?" Nick sedang memujuk hati aku yang keras macam batu. Tak akan!

      "Nana, mereka semua merindui kamu. Please back home, come with me." tangannya dihulurkan sambil tersenyum. Rambutnya yang tebal diatas dan blonde, sementara ditepinya dinipiskan dan berwarna hitam, ditiup angin beberapa kali.

      "Sorry Nick, Nana tak boleh pergi. Saya ada kerja disini." pantas aku bangun daripada tempat duduk aku. Menolak kerusi kebelakang. Tiba-tiba, tangan aku dicapai oleh seseorang. Nichkhun, again.

      "Apa kata, kamu pergi ke sana sekejap je? Mereka amat merindui kamu. Lagipun, saya masih tak beritahu yang kamu tipu mereka." tambah Nick lagi. Kepala aku memandang ke arahnya sekali lagi. Memikirkan keputusan masak-masak.

      "Please?"

      "Tengoklah dulu. I'll text you later, okay?"

      "Okay, I will wait."

+++

      Aku pulang kembali ke butik. Langit masih cerah. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba telefon bimbit aku berdering. Tertera di skrin telefon bimbit aku, mampu membuatkan aku tersenyum bahagia sehingga terputus urat pipi aku.

      "HELLO?" jawab aku dengan penuh semangat.

      "Nana~ uhuk uhuk!" Jong in dihujung talian sambil terbatuk-batuk. Perasaan risau mula timbul di dalam hati.

      "JONG IN? APA JADI NI?"

      "Uh tak tahu. Demam biasa je ni. Hari ni, boleh tak cancel date kita?" kata Jong in seperti menahan sakit.

      "Jong in, give me your address. I will come to your house." aku meminta.

      "For what? Tak payahlah~" Jong in mula berubah suaranya.

      "JUST. GIVE. ME." aku mula meninggikan suara.

      "Ugh okay fine. Nanti saya send mesej alamat saya." Jong in mengalah.

      Panggilan diputuskan. Beberapa minit kemudian, aku menerima pesanan ringkas. Aku sudah tahu datang daripada siapa. Melihat, alamat Jong in sudah tertera di skrin telefon bimbit. Segera aku menelefon teksi.

+++

      Sesampai dirumah yang dimaksudkan. Selepas memberi duit tambang, lalu kereta yang berwarna merah itu berlalu pergi. Memusingkan kepala ke belakang, kelihatan sangat megah rumah tersebut. Terdapat ruang yang amat besar. Perlahan aku menekan butang 'doorbell'. Beberapa minit kemudian, pagar elektrik itu dibuka perlahan.

       Aku memasuki halaman rumahnya. Kelihatan kereta hitam diletakkan kemas ditempat meletak keretanya. Begitu juga, kelihatan kolam air ikan, dan ruang yang amat tenang.

      "Ugh~ Nana. Uhuk uhuk uhukk!" Jong in menahan batuknya membuatkan dia nampak sangat terseksa. Perlahan tangan aku menyentuh dahi dah bawah dagunya. Wah panas! Sangat panas.

      "Jong in! Kamu panas  sangat ni. Boleh saya masuk?" aku meminta izin. Jong in mula mempelawa masuk. Dia masih memegang dadanya. Ya, badan dia sangat panas.

      Aku memegang lengannya menaiki anak-anak tangga perlahan-lahan. Dia kelihatan amat lemah. Bibirnya pucat begitu juga dengan wajahnya. Lingkaran hitam dimatanya amat kelihatan. Badannya berpeluh, tanpa henti.

      Perlahan dia baring diatas katilnya.

      "Jong in, kamu duduk dalam rumah sebesar ini seorang diri ke?" soalan cepumas diajukan.

      "Yes. Kenapa?" balasnya sambil memusingkan soalan.

      "Ibu bapa kamu mana?" tanpa menjawab soalan lalu memberikan soalan.

      "Hmm saya pun tak tahu mereka dimana. Kita jarang contact, plus mereka selalu ke oversea." mendengar rintihan dia. Aku menjadi tersenyum. Patutlah bila kita bersama, dia rasa amat selesa. Senang sangat nak kamcing.

      Kaki aku memasuki ruangan dapur. Amat bersih! Seperti tidak pernah digunakan. Membuka peti sejuknya, terkejut aku.

      Kosong peti ais dia? Hanya ada sedikit daging cincang dan daun salad?

+++

      Diletakkan semangkuk bubur nasi, dan secawan teh panas diletakkan kemas diatas dulang. Aku mengatur langkah dengan kemas dan berhati-hati. Takut-takut tumpah. Masuk ke dalam biliknya perlahan-lahan. Kelihatan dia masih bermain-main dengan iPad nya.

      "Jong in, mari makan. Saya ada masakkan kamu bubur dan secawan teh." aku perlahan meletakkan dulang itu  di tepinya. Perlahan dia bangun, menyandarkan badan untuk menyelesakan diri sendiri. Sudu yang sengaja diletakkan di dalam mangkuk, aku ambil lalu menyuapnya.

      Sudu dihulurkan ke bibirnya. Dia mengelak.

      "Panaslah." dia mula demand. Banyak songeh! Bubur yang bertangkung disudu, aku tiup perlahan-lahan. Lalu aku menghulurkan ke bibirnya dengan perlahan. Baru dia membaham sudu itu. Pergelangan tangan aku, dia pegang ketat. Tiba-tiba, dia tidak mahu melepaskan pergelangan tangan aku.

      "Jong in, kenapa ni?" aku menanyakan soalan.

      "Nana, kamsahamnida." suara romantiknya dikeluarkan.

      "Anieyo. Nah makan lagi ye."

      Hari itu, aku menyuapnya, membantu dia dan menjaga dia. Sebelum ini, aku tidak pernah rasa seperti ini. Rasa amat selesa. Rasa amat diperlukan. Ini perasaan yang bahagia. Tapi sekali sekala aku rasa seperti tidak sedap hati. Kenapa eh?

      Selepas makan, kami berdua berborak. Menonton televisyen dan sebagainya di dalam biliknya. Keadaan menjadi sepi, hanya bunyi televisyen yang masih tidak berhenti. Lonceng rumahnya dipicit membuatkan seluruh rumah itu berbunyi. Daripada tingkap, kelihatan seorang wanita yang amat muda dan seorang jejaka dalam pertengahan umur sedang menantikan seseorang didalam kereta berwarna kelabu.

      "Jong in, siapa mereka tu?" aku bertanya.

      "Omo! Itulah keluarga saya! Memang rezeki kamu hari ni. Mari!" dalam keadaan sakit tadi, tiba-tiba jadi sihat seolah-olah tak pernah sakit langsung. Meloncat dia menuruni anak-anak tangga sambil memegang erat tangan aku. Dengan penuh perasaan gemuruh.

      AKU NAK JUMPA IBU BAPA DIA?! TIDAK..

      Pintu dibuka luas. Senyuman Jong in amat luas. Dia memeluk erat kedua-dua ibu bapanya. Rasa indah apabila melihat anak-beranak ni saling berpelukkan. Mesti mereka ni dah lama tak berjumpa. Terharu.

      "Uh! Ini siapa?" lelaki pertengahan umur atau lebih tepat appa Jong in bertanya.

      "Oh! Appa, ini Nana. Nana, ini appa saya, Lee Soo man."

      "JADI, INI UMMA KAMU KE?!" aku menanyakan soalan bodoh sedunia. Mereka bertiga terburai menggelakkan aku. Muka aku masih terkejut dan terpinga-pinga. Mana taknya, kulitnya masih tegang, muka juga masih muda.

      "Gila ke kamu ini umma saya? Ini noona sayalah! Park Se kyung!" Jong in menerangkan.

      "MianhamnidaAnnyeonghaseyo! Call me Nana." aku memperkenalkan diri, lalu membongkokkan badan kepada kedua-dua orang yang berada dihadapan saya.

      "Appa! Noona! Masuklah. Kita borak-borak di dalam." Jong in mempelawa kedua-dua ahli keluarganya itu. Aku hanya mampu tersenyum.

      "Jong in." aku memanggilnya perlahan. Dia mendekati aku kembali.

      "Mana omma kamu?" soalan diberikan. Mengharapkan jawapan.

      "Dia ada hal lain. Lagipun setahun hanya dua hingga lima kali sahaja saya jumpa."

      "Oh haha." sedikit pun tidak terkejut.

      "Eh? Kamu tak terkejut? Selalunya bila saya cakap macam tu, mesti mereka akan cakap Ah kesiannya dan sebagainya." katanya tersenyum.

      "Err sebab saya pun dah dua tahun tak jenguk parents saya." kata aku selamba. Kali ini, dia pula lagi terkejut daripada aku. Tergelak aku dibuatnya. Mukanya sangat terkejut sehingga membeliakkan mata dan ternganga mulutnya. Er..

      Comelnya.

      "Hish! Jong in! Nana! Buat apa lagi dekat situ? Marilah, appa nak jumpa." Se kyung eonnie memanggil kami berdua. Ah malunya, aku termenung melihat muka dia! Duh eonnie nampak ke tidak agaknya? Jong in perlahan berjalan melintasi eonnie. Aku je masih berdiri tercegat ditempat yang sama. Baru sahaja langkah mahu diangkat, eonnie menghalang jalan aku.

      "Yae eonnie?" aku gugup. Takut.

      "Kamu ni siapa? Pelacur ke?" soalan kasar diajukan. Membuatkan aku terkejut besar!

      "APA?! Bila masa?! Jong in dan saya hanya berkawan." aku cuba membetulkan salah faham.

      "Oh ya? I am sorry. Saya cuma taknak, perangai Jong in yang lama terjadi lagi." Se kyung eonnie menerangkan sehingga membuat aku hampir terkeluar anak biji mata.

      "Perangai? Maksud eonnie apa?" aku menanyakan soalan dengan pantas.

      "Saya taknaklah kamu menjadi mangsa penyakit aids itu. Kai sebenarnya penghidap penyakit HIV positif. Dia hanya ada masa beberapa tahun sahaja. Sejak dia dapat tahu yang dia menghidap penyakit tersebut, dia menemukan jalan buntu. Dan ini kali pertama dia bawa balik orang baik seperti kamu ke dalam rumah ini. Ini amat menenangkan" Se kyung menerangkan lagi. Berita ini sangat mengejutkan aku. Tidak sangka orang sebaik dia dahulunya pernah melakukan perbuatan sebegitu. Lagi satu, persoalan yang bermain diminda. Adakah cinta aku akan berbalas? Mata aku memandang ke arah Jong in yang sedang tergelak kecil bersama appa nya. Membuatkan hati aku sebak. Sebak sangat.

      "Nana-ssi, kamu okay tak ni? Kai tak pernah bagitahu tentang perkara ini ke?" Se kyung memegang bahu ku erat. Berat kepala aku ini, hanya menggelengkan kepala sedikit. Menahan air mata yang sedang bertakung, akhirnya terjatuh jua.

      "Nana.. Kamu menyukai Jong in ya?" mata aku dibeliakkan. Terkejut. Perlu ke aku berbohong dan membohongi diri sendiri? Perlahan kepala aku ditundukkan, menangis aku masih ditahan-tahan. Air mata sudah turun bagaikan air terjun, mulut ditekup perlahan.

      "Bersabar ya Nana. Mianhae, saya tak tahu pun."

      "ANI ANI!" segera aku menidakkan apa yang dikatakan Se kyung eonnie. Dia tergelak, di dalam air mata yang masih turun laju. Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi perlahan disebabkan diletakkan di dalam beg tangan.

      "Eonnie, saya minta diri sekejap."

      "Baiklah. Nanti kamu terus pergi ke ruang tamu ya?"

      "Arasso."

      Telefon masih berbunyi. Segera aku menekan butang hijau, manakala kaki masih lagi melangkah laju untuk mencari tempat yang sedikit private.

      "Yoboseyo?"

      "Ini Nana?" mengamati suara lelaki dihujung talian.

      "Yae.. Ini siapa?"

      "Nana! Ini saya, Taec yeon. Kamu harus pulang ke kampung sekarang! Appa kamu dalam keadaan kritikal."

      "APA?! Kenapa!?" suara aku bergema keadaan sekeliling.

      "Dia menerima serangan jantung. Dia teringin sangat mahu jumpa kamu. Tolong, kali ini je. Pulang ke kampung."

      "Tapi saya tak ada kenderaan..."

      "Nichkhun! Dia akan tolong kamu. Saya dah telefon dia."

      Tiba-tiba telefon dihujung talian diputuskan secara tiba-tiba. Terkejut aku dibuatnya. Air mata ditahan. Masuk ke dalam rumah kembali. Mencari dimana tempatnya keluarga tadi berkumpul.

      "Encik Soo man, Se kyung eonnie, Jong in, saya mahu minta diri dulu. Saya harus pulang ke kampung segera." aku membongkokkan badan beberapa kali.

      "Ke kampung? Kenapa?" pantas Jong in mengajukan soalan.

      "Appa saya sakit. Dia kritikal." air mata ditahan dan suara tersekat-sekat.

      "Jinja? Biar saya hantar." Jong in mempelawa.

      "Tak perlu tak perlu. Nick akan ambil saya sebentar lagi, pulang ke rumah dan terus ke kampung. Jadi saya tidak mahu menyusahkan kamu. Annyeong-gyeseyo."

      Baru sahaja aku mahu mengangkat langkah menuju ke pintu keluar. Nama aku dipanggil sekali lagi.

      "Nana!" kepala aku memandang ke arah Jong in.

      "Kamsahamnida." katanya sambil tersenyum. Aku hanya mengukir senyuman dan menundukkan kepala.

      Selepas menelefon Nick, dia juga tahu tentang khabar angin daripada Taec yeon oppa. Jadi dia segera datang ke rumah Jong in seperti alamat yang telah dihantar oleh aku sendiri. Beberapa minit selepas menunggu dihadapan rumah Jong in, akhirnya dia sampai juga. Lalu aku berangkat pergi. Dari dalam kereta, apabila aku memandang ke atas, kelihatan Jong in daripada dalam biliknya sedang memerhatikan aku. Dengan wajahnya, membuatkan hati aku sebak. Kenapa aku rasa tidak senang hati untuk meninggalkan dia?

      "Kai sebenarnya penghidap penyakit HIV positif."

      "Dia hanya ada masa beberapa tahun sahaja."

      "Ini kali pertama dia bawa balik orang baik seperti kamu ke dalam rumah ini. Ini amat menenangkan"

      Setiap kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut Se kyung eonnie sentiasa bermain diminda. Sama sekali tidak pernah lari. Sepanjang perjalanan, air mata sentiasa berkaca dikelopak mata. Hati aku masih tidak sedap. Seperti sesuatu bakal berlaku, kenapa ni.

      "Nana okay tak ni?" Nichkhun memulakan perbualan. Mata yang tadinya ditumpukan ke jalan raya, kini memandang ke arahnya.

      "Nana okay. Cuma nervous sedikit, lama tidak pulang ke kampung." senyuman diukir.

      Mata dialihkan ke jalan raya kembali. Sejuk yang dihasilkan daripada penghawa dingin, membuatkan aku rasa sedikit pening pening lalat.

      "Nick, nanti bila dah sampai tolong kejutkan Nana?" aku mengarahkan Nichkhun, macam bos. Aku tidak mahu membiarkan Nichkhun memandu seorang diri, tapi disebabkan kepala aku tersangat pening. Sekali sekala pentingkan diri sendiri tak apakan?

+++

      "Nana? Nana?"

     Perlahan kepala aku mula berfungsi. Membuka mata yang masih silau. Samar-samar seorang lelaki sedang berdiri dihadapan aku. Ternyata aku diatas katil. Lampu menyilaukan mata. Perlahan mata aku digosok. Kelihatan seorang lelaki dihadapan aku, kembali aku melihatnya. Tiba-tiba..

      "APPA?! NICK!?" mata aku dibulatkan.

      "Kamu dah sedar pun." suara appa terketar-ketar dikeluarkan.

      "Appa? Apa ni? Bukan ke appa kritikal? Nick?" penuh hairan, seribu satu persoalan timbul dikepala.

      "Nana. Nick minta maaf. Nick terpaksa." Nichkhun mengeluarkan keluhan.

      "Nick? Apa ni? Nana tak fahamlah." aku masih tak faham apa semua ni.

      "Nana. Kamu nak, kamu taknak, appa akan kurung kamu sehingga hari perkahwinan kamu dengan Nick. Appa taknak kamu lari kemana-mana lagi. Cukuplah dua tahun." appa dengan tegasnya memberi amaran kepada aku. Dengan pantas otak aku memikirkan Jong in.

      "Appa! Appa! Apa ni appa? Nick? Tolong! Jangan buat Nana macam ni." hidung aku mula merah. Tersedu-sedu aku meminta untuk aku dilepaskan.

      "SUDAHLAH NANA." aku ditolak ke atas katil. Appa memandang ke arah pintu dan membelakangkan aku.

      "Dah tahu appa kritikal, baru kamu nak balik? Nampak sangat Nana gembira appa dah mati." appa menarik nafas dan mendengus. Nick perlahan keluar daripada bilik ku. Sepantas kilat aku berlari ke arah pintu, namun tidak sempat untuk menghalang appa aku daripada mengunci pintu, pintu itu sudah terkunci dari luar.

      "APPAAAA! BUKALAH PINTU NI." aku menepuk-nepuk pintu, menghempas-hempas pintu, dengan harapan pintu itu akan terbuka. Namun dengan badan aku yang lemah, aku tidak mampu. Terduduk aku dibelakang pintu. Perasaan aku ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Air mata mengalir. Memikirkan tentang Jong in. Aku tak mampu hidup sendirian. Aku tak mahu dipaksa untuk berkahwin dengan orang yang aku tak suka. Jeritan, teriak aku memenuhi ruangan bilik.

      Kedengaran mangga pintu diluar sedang digerak-gerakkan. Hanya dibuka sedikit, lalu sebungkus makanan didalam plastik merah hanya dilorot diatas lantai lalu dikuncikan kembali pintu. Memang tidak sempat untuk aku keluar. Keadaan aku di dalam bilik neraka itu, hanya tuhan sahaja yang tahu. Sunyi, sepi. Hanya tangisan menemani aku.

     "Nana?" suara Jong in memanggil nama aku. Tapi apabila aku mencarinya, tidak ada pun di dalam bilik ku. Hati aku, amat merinduinya. Begitulah aku selama dua hari.

      Tapi pada malam hari yang ketiga..

      Tangisan masih menemani aku. Aku berpeluk tubuh ditepi katil. Tiba-tiba pintu diketuk. Kedengaran suara lelaki yang amat familiar, Nichkhun durjana.

      "Nana?" perlahan pintu terbuka luas. Terkejut dia melihat diri aku, tidak mandi, makanan bersepah sana sini. Tidak terurus, bagaikan binatang peliharaan yang tidak dijaga.

      "Nana, Nick minta maaf." perlahan dia mendekati aku. Mata tajam melihat ke arahnya.

      "Puas hati kau, Nick?" aku mengeluarkan dengan nada paling sayu, geram, sambil mengetapkan gigi.

      "Nana. Nick tahu Nick bersalah. Mari Nana, kita pergi daripada tempat neraka ini?" Nichkhun menghulurkan tangannya. Sama sekali aku tidak membalas tangannya. Hati ini sangat hancur, tawar hati untuk mempercayai kata-katanya lagi.

      "Tolonglah Nana, mari kita pergi. Nick dah tak tahan melihat Nana macam ni.."

      "Biar aku mati, lagi bagus."

      "Nana! Jangan cakap macam tu!"

      "Kenapa? Sebab kau nak kahwin dengan aku? Nak harta appa aku?" serata dunia bagaikan terdiam apabila aku mengeluarkan ayat itu. Air mata mula mengalir, teringat akan Jong in. Mata kembali tertumpu kepada lantai.

      "Nana, tolonglah. Kali ini je, percayakan Nick. Kekasih kamu, Jong in, didapati dalam keadaan kritikal." mata aku dibulatkan. Perasaan terkejut, takut, risau menyelebungi diri. Air mata dijatuhkan berderaian tak disedari.

      "APA NICK? MANA NICK TAHU?" suara aku ditinggikan.

      "Telefon bimbit kamu. Seseorang kamu letak dengan nama 'Yeobbo Jongin'." telefon bimbit aku dihulurkan ke arah aku. Kelihatan seseorang menghantar mesej, pantas baca mesej tersebut.

      "Hai Nana. Tolong datang ke Hospital berdekatan dengan perumahan kami sekarang, kamu tahukan? Kerana Jong in dalam kritikal, dia amat memerlukan kamu ketika ini. -Se kyung."

      Perasaan aku ketika itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lemah lutut ini untuk berdiri, mengingat kembali apa yang telah dilakukan bersama. Seperti tidak mampu untuk berdiri menggunakan kaki sendiri. Tuhan, kenapa ini semua harus berlaku. Nichkhun memapah diriku, untuk keluar daripada rumah neraka tersebut.

      Nichkhun membukakan pintu kereta untuk aku. Perasaan aku ketika itu, toya. Tidak tahu untuk buat apa. Tergamam, terfikirkan takut bakal ada sesuatu yang buruk berlaku. Aku tidak mampu, tidak mampu untuk berjauhan dengan Jong in. Hati ini, memang dah benar-benar menyayangi dia. Hanya air mata yang tidak pernah kering, menjadi peneman dan doa aku.

      "Nick, please cepat sikit." aku pinta, akan tetapi kelajuan yang dinaikkan masih tidak dapat memuaskan hati aku.

      "Please Nick, faster." aku meminta lebih.

      "But Nana, sini hanya dibenarkan 80k/j. Sabarlah sikit."

      "NICK TAHU TAK ORANG YANG SAYA CINTAI DALAM BAHAYA. NICK TAK PERNAH TAHU PERASAAN MENCINTAI ORANG KE? JONG IN DALAM BAHAYA DAN DIA AMAT MEMERLUKAN NANA, NICK. NICK TAK TAHU APA-APA, NICK TU BODOH. HANYA TAHU PENTINGKAN DIRI SENDIRI. KALAU NICK, TAK BAWA NANA PERGI RUMAH NERAKA TU, SEKARANG INI MESTI NANA DAH BERSAMA JONG IN. BUKAN DENGAN KAU NICK. BUKAN DENGAN KAU." aku meluahkan segala isi hati dengan nada tinggi dan air mata yang tidak berhenti mengalir membuatkan hati ini semakin sebak.

      Kelajuan masih sama. Membuatkan aku mula marah.

      "NICK! KAU-"

       Secara tiba-tiba, kereta serta-merta terberhenti dibahu jalan. Daripada perasaan yang sedih bercampur aduk dengan marah, serta merta berubah menjadi terkejut dan tergamam membisu. Kehilangan kata-kata.

      "Nana. Kenapa dengan Nana ni? Nick sedar, Nick telah melakukan kesalahan. Walaupun Nana tidak sayang nyawa Nick, tapi please sayanglah nyawa diri sendiri. Nick mati tak apa Nana. Tapi kalau Nana yang mati, Nick akan menyesal Nana. Tolonglah, kali ini je Nick nak buat Nana bahagia, bersama Jong in." Nick melepaskan apa yang dia ingin katakan. Matanya mula merah, mungkin menahan sedih dihati.

      Tangan aku disentuhnya lembut.

      "Nana, Nick sayang Nana. Berikan Nick bahagiakan Nana, kali ni je. Boleh kan?" Nick tersenyum. Dada aku semakin sebak. Nick melepaskan genggaman tangannya. Mulakan memandu. Disunyi malam itu, hanya doa yang mampu aku iringkan.

      Dihospital.

      Kaki aku berlari pantas, tercari-cari bilik wad yang dimaksudkan. Tercari-cari. Disatu selekoh, barulah nampak Se kyung eonnie, dan Soo man ajuhssi sedang duduk diruangan menunggu. Se kyung eonnie  menekup mulutnya, menangis teresak esak. Hidungnya sangat merah. Manakala Encik Soo man hanya termenung.

      "Eonnie!" suara aku memenuhi ruang. Se kyung memandang aku, matanya merah dan lebam.

      "Eonnie, mana Jong in eonnie. Mana dia?" aku bertanyakan, suara mulai serak.

      "Eonnieee. Mana Jong in eonnie?" soalan kedua, masih tidak berbalas.

      "Eonnie.. Kenapa diam ni." kepala sudah mula memikirkan hal yang tidak-tidak. Tiba-tiba bahu aku disentuh olehnya. Dia menekupkan mulutnya, menahan menangis sebelum mengeluarkan kata-katanya. Aku menjadi sangat ingin tahu.

      "Nana, please. If I told this, you should be strong. Okay?" Se kyung berkata-kata dalam tangisan.

      "Eonnie.. apa ni." aku menidakkan apa yang aku telah fikirkan.

      "Nana. Kai dah tak ada Nana. Dia, dah tak ada. Seminit yang lepas Nana."

      Perasaan sebak tidak dapat ditampung lagi. Lutut langsung bergegar, goyah dan  lenguh. Lalu aku terduduk, tidak mampu langsung untuk berdiri. Terasa satu pelukkan hangat daripada belakang yang menampung badan aku supaya tidak terjatuh terhantuk. Air mata yang aku keluarkan, tidak berguna. Kini, hati aku amat sedih, kecewa bercampur aduk. Jong in, kenapa kau tinggalkan aku terbengkalai macam ni. Terasa ingin mati.

      "Segalanya telah tamat disini. Kini, saya dah sendirian." kata-kata ini dikeluarkan daripada mulut aku. Aku tidak mampu untuk berfikir lagi. Hanya kecewa yang telah ditanam subur didalam hati.

      Beberapa bulan selepas kematian Jong in, Nichkhun lah yang paling mengambil berat terhadap aku. Dia selalu berbual dengan aku, menceritakan pelbagai kenangan dia selama ketiadaan aku dikampung. Tapi aku masih melayan dia nak taknak, kerana kenangan aku bersama Jong in masih difikiran. Tidak sesekali dia berpeluang mengambil perhatian aku. Dalam beberapa bulan ini juga, aku tidak ke butik. Langsung diri tidak terurus.

      Kini aku tinggal sendirian dirumah. Lizzy dan Raina yang selalu membantu aku untuk menguruskan segalanya. Mereka tahu aku amat kecewa, sama sekali tidak sempat untuk bertemu dengan Jong in buat kali yang terakhir. Ini sangat mengecewakan aku, sebak  dan juga tawar hati untuk mencari yang lain. Kenapa Tuhan mengambil dia terlalu awal? Kenapa?

      Setiap kenangan manis aku bersama Jong in sentiasa bermain diminda. Walaupun aku rasa aku kenal dengan dia sekejap sahaja, tapi tempoh selama ini sudah mampu untuk aku mencintai diri dia sepenuh hati. Perlu ke aku tunggu dia? Walhal dia tak akan kembali. Tuhan, kenapa Jong in itu ada satu sahaja? Kenapa? Kenapa tidak ada pengganti?

      Aku memeluk tubuh, memandang ke luar tingkap. Air mata kini tidak pernah kering dipipi. Mata pula sentiasa merah dan dibahasi dengan air mata yang jernih. Pintu aku diketuk. Tanpa memandang siapa yang masuk, kedengaran pintu dibuka. Mata masih tertumpu diluar tingkap. Kedengaran suara lelaki bergema di dalam bilik. Pantas aku memandang ke arahnya, jelingan badi telah aku lontarkan.

      "Nana, ini Nick datang bawa Mc'Donalds. Makanan kegemaran Nana." Nick membawa satu set Big Mac. Serta merta kenangan bersama Jong in diputarkan dikepala.

      "Eh? Kamu makan kentang dahulu?" 

      "Gaya kamu makan ini lain daripada lain betul lah. Tergelak saya dibuatnya."

      "Kamu memakai kanta lekap, jika kamu memegang daging yang pedas tu, bagaimana kamu nak mengeluarkan kanta lekap itu nanti? Tentunya pedih mata kamu itu nanti."

      Teringat sesuatu sejurus sahaja teringat kenangan manis bersama Jong in.

      "Sebenarnya, ini bekas teman wanita saya punya. Saya fikir saya mahu berikan kepadanya, tapi.. Kamu ambil lah." 

      Berlari aku menuju ke katil aku. Teraba-raba bahagian dibawah katil. Mencari-cari sesuatu. Terasa kotak yang besar, lalu aku ambil. Kelihatan berbagai jenis kanta lekap pemberian Jong in yang pertama. Ini membuatkan aku rasa amat terharu. Air mata perlahan jatuh apabila melihat semua jenis kanta lekap ini. Tiba-tiba, kelihatan ada sebotol botol kaca yang ganjil, tiada pasangannya diletakkan kemas didalam koyak tersebut. Lalu botol kanta lekap itu telah aku angkat. Kelihatan isinya berbunyi, tak akan kanta lekap kedengaran seperti besi apabila digoncang? Perlahan aku melihat isi dibawah botol tersebut.

      CINCIN?!

      Nichkhun duduk diatas katil, melihat aku sedang duduk dibawah sambil memegang sebotol kaca mini yang berisi cincin. Aku memandang ke arahnya. Dia hanya tersenyum manis.

      "Nick, cincin ini awak punya ke?" perlahan aku menanyakan soalan. Perlahan cincin itu Nichkhun ambil, dibukanya penutup cincin itu. Dibuangnya air dan mengambil cincin emas itu. Perlahan dia memegang kedua lengan aku, menyuruh aku untuk berdiri. Aku mengikut kehendaknya, semakin bertambah soalan yang ditanya didalam kepala ini.

      "Im Jin ah, will you marry me? The idiot backstabber?" Nichkhun melamar aku sambil melutut supaya aku menerimanya. Mata aku dibuka terbeliak. Air mata jatuh berderai. Kenapa, serta merta hati aku jadi tenang dan terlupakan segala tentang Jong in?

      "Im Jin ah, will you?"

      "Nick.."

      "Nana, please, accept me."

      Setelah beberapa bulan aku mula mengenali Nichkhun. Dia memang sudah berubah. Buat apa aku nak tunggu orang yang dah tak ada? Yes, Nana. Jong in dah tak ada. Now, jodoh kau ada dihadapan kau. Melutut, meminta supaya kau menerima dia. Ye Nana. This guy is yours.

      "Yes Nick. I do."

      Serta merta pintu bilik aku diterjah. Kelihatan Lizzy dan Raina sedang melompat kegembiraan. Terkejut aku dibuatnya, manakala Nichkhun hanya tersengih. Jari manis aku telah disarungkan cincin emas itu, berkilau memberi seri keatas jari jemari aku.

      End of Flashback

      "Jadi, mula daripada hari itu aku dah mula melupakan segala kenangan saya bersama Jong in. Mungkin dia bukan jodoh saya. Ini semua telah ditakdirkan, betul?" kata aku sambil melihat ke arah cermin biasan diri dihadapan aku. Tiada sebarang jawapan. Melihat ke belakang, mencari Se kyung dimana berada.

      Kelihatan dia sedang menangis.

      "BETAPA SEDIHNYA PERCINTAAN KAMU BERDUA. UWAHHHH." kata Se kyung eonnie sambil mengelap-lap air matanya itu. Tergelak aku dibuatnya.

      "Tak apalah, Nana. This is we call destiny. Tak ada siapa pun dapat mengubah takdir tersebut." kata Se kyung eonnie sambil memegang bahu ku daripada belakang sambil melihat biasan diri kami berdua dicermin.

      "This, is we call destiny. Yes, eonnie. Saya memang sudah ditakdirkan bersama Nick."

      Tiba-tiba seseorang masuk ke bilik. Pantas kami berdua memandang ke arah pintu. Oh Raina dan Lizzy rupanya. Mereka berdua memakai serba comel, Lizzy masih memegang lolipopnya.

      "Mari! Majlis perkahwinan kamu dah nak mula!" Lizzy memberitahu kami dengan penuh excited.

      Segalanya, cinta aku akan dimulakan bermula dari sini. Inilah, jodoh aku. Takdir aku.

      Bunyi alunan biola sudah mula dimainkan. Perlahan langkah ke hadapan aku dimulakan juga. Aku berjalan, diiringi appa aku. Senyuman nya masih kelihatan. Berjalan dibawah permaidani merah, veils menutupi wajah ku kemas. Langkah demi langkah, mendekati pengantin lelaki yang memakai serba hitam. Tuxedo, dipakainya dengan begitu segak.

      Kini, aku sudah terima hakikat yang segalanya akan mula disini. Inilah cinta, jodoh yang telah ditakdirkan. Jangan pernah salahkan takdir jika kita tidak pernah berpuas hati dengan apa yang telah kita dapat. Kerana Tuhan selalu mahukan yang terbaik buat kita.

      Segalanya, cinta aku akan dimulakan bermula dari sini. Inilah, jodoh aku. Takdir aku.

      Nick, I love you. Jong in, get a happy life there. Don't be naughty, arraseo, Jong in?

Author's POV

      Se kyung mengatur langkah menuju ke rumahnya. Pagar besar telah perlahan dibuka sendiri, apabila sudah terbuka besar kereta yang serba kelabu itu perlahan masuk ke halaman rumah. Kelihatan kereta milik adiknya, Kai masih terletak kemas tidak bersentuh. Jelingan badi dilemparkan ke gambar yang terletak kemas di hadapan tempat memandu keretanya. Gambar seorang gadis yang dicintai adiknya dulu.

      "Saya dah balik." Se kyung meninggikan sedikit suaranya.

      "Appa? Appa dimana?" Se kyung tertanya-tanya mana appanya. Tidak berjawab. Bilik adiknya, terus menjadi sasaran. Perlahan kakinya mendaki anak-anak tangga, lalu menuju ke bilik adiknya. Sesampai dihadapan pintu adiknya, tombol pintu dipulas perlahan.

      "Appa?" Se kyung menghulurkan kepalanya, memastikan appanya ada di dalam bilik tersebut. Kelihatan appa dan seorang lelaki sedang terbaring dengan berbagai jenis dawai dan tiub disalurkan ke lelaki tersebut.

      "Appa? Kai macam mana?" Se kyung mengajukan soalan ke appanya yang sedang tersedih melihat keadaan anak lelakinya sehingga begitu sekali. Kelihatan tompok-tompok dan wajah adiknya kelihatan begitu pucat sekali.

      "Tak apalah appa. Baguslah dia begini. Tidaklah dia bersama perempuan itu lagi." Se kyung memberitahu tanpa ditanya oleh sesiapa.

      "Se kyung, sudahlah tu. Sejarah itu semua dulu je lah." appa mula meredakan ketegangan.

      "Tapi apa yang ibu Nana tu buat pada Kai dulu melampau appa."

      "Tak apalah Se kyung. Ini semua telah ditakdirkan." appa tetap bersabar menjawab.

      "Tak apalah, ini takdir bagi kita semua. Biarlah ini jadi rahsia kita bertiga sahaja."

      "Baiklah appa."

END.

HOI. SERIUS ENDING BANGANG AKU LUPA JALAN CERITALAH BYE.

Labels: , , ,