y a d d e u
home twitter facebook official +follow
disclamiar
annyeong guise
yad rabiaun {21} malaysian

chat
leave footsteps

credit
thanks bih

©nurin
thank you bih

« back
next »
From, The Weak
October 24, 2014 - 0 comment

Is this the end? ━ I let you go.

“I'd dreamt about us. Included you.”

Kata kau dulu. Kita akan jumpa balik, kita akan membesar bersama. Setiap hari, setiap masa, aku fikir. Dah aku cuba untuk lupakan, tapi cinta terhadap seorang teman. Niat di hati; tegurlah, niat di minda kata; Hidup kau sudah bahagia kehendak-Nya. Kau bahagia, aku cuba bahagia. Mencari kebahagiaan sendiri.

Mereka bertanya, apa keistimewaan kau? Tidak perlu mungkin aku bercerita tentang kau. Kata mereka. Setiap gerak-geri, aku perhati. Langsung kau tidak menghiraukan manusia kecil ini. Sangat kecil di dalam anak mata kau. Langsung sebelah mata tidak layak untuk aku di pandang. Hinanya aku. Mungkin yang baru adalah permata, intan belian. Mungkin pengaruh yang engkau kejar. Tidak; Kebahagiaan. Mungkin kebahagiaan. Mungkin aku tidak pernah memberikan engkau sebarang kebahagiaan. Aku banyak kelemahan. Lantaslah kau memilih yang lain; yang berpuak, yang berpengaruh, yang tiada kelemahan sekali gus membuang aku ke hujung dunia kau.

Kau tidak perlukan aku lagi. Aku sudah tidak berguna. Sebenarnya, aku memang tiada guna. Sejak pertama kalinya pertemuan. Sunyi? Carilah aku. Sememangnya, aku lebih selesa apabila bersembang bersama kau ketika tiada siapa di sekeliling. But this is too much; just too much.

Dulu, engkau aku hormat. Kau seorang lelaki yang tidak pernah aku jumpa. Kau matang, kau faham, kau tahu, kau lain; Lain daripada yang lain. Mereka meminta untuk aku berubah melalui kata-kata ejekkan. Engkau meminta untuk aku berubah melalui kata-kata nasihat. Pertama kali aku terasa di lindungi, di sayangi. Jujur, mungkin tiada sayang dalam hati kau, tetapi sekurangnya aku merasa. Kau lelaki yang merubah aku secara perlahan, secara sabar. Tiada perubahan mendadak yang diingini. Kau membuka mata aku dari dalam, perlahan-lahan membawa ke luar. Ingat lagi kau marah aku; “Kau suka eh orang kutuk kau? Buang. Kau pakai bedak semua tu lagi, ni kaki bertepek dekat muka kau.” Bila teringat ━ Ketawa sejenak. Aku berubah, bila ingat kau. Bila ingat kau, aku buang semua barang tu. Pernah sekali rambut aku terlalu panjang, aku cuba menolak semua rambut ke belakang. Kau orang pertama melihat, lantas tergelak. Kau menegur dari jauh, tersengih basi. "Cantek, Yad." ━ Aku rindu. Entahlah, aku rindu semuanya.

Aku tahu, apa engkau kata dari belakang aku. Aku tahu segalanya. Tidak usahlah bercerita syaitan tentang aku di belakang. Tidak perlu percaya sesiapa. Mereka ialah si penyampai. Telinga ini mendengar setiap kata-kata kesat yang engkau lontarkan terhadap aku, aku tahu. Tidak terdetik juga kemarahan; Hanya kesedihan. Kecewa. Sampai hati kan kau? Tapi tak apalah. Kau dah bahagia kan? Tak perlu lagi mungkin aku mengganggu kehidupan kau. Bukan diri ini terlalu egois untuk tidak mahu menegur, tetapi cukuplah setakat ini. Takut kehadiran aku dalam kehidupan kau sekali lagi bakal memberi seribu satu penyesalan, bukan sekadar dalam diri aku malah dalam diri kau juga. Cukuplah kewujudan aku sekadar mengisi masa kosong kau. Mungkin, kewujudan aku memang hanya untuk hadir dalam hidup seseorang sebagai seorang pengisi sementara. Hakikatnya, aku sendiri keseorangan.

Pada mata kasar, mungkin aku hanya menyalahkan kau. Tidak, aku menyalahi diri aku sendiri. Sedikit pun tiada niat untuk menyalahkan kau, malah aku sedikit pun tidak berdendam sama sekali. Biarkan aku; Beri aku masa untuk melangkah ke hadapan. Penat selama ini terkapai-kapai mencari erti sebuah persahabatan, aku tidak sedar bahawa aku selama ini sedang berlari mengundur ke belakang. Jangan lupa aku, okay? Jaga diri Hihi.

I would leave from this nightmare. As you leaving me.

I'd dreamt about you aswell.

Included you.

From, The Weak.