y a d d e u
home twitter facebook official +follow
disclamiar
annyeong guise
yad rabiaun {21} malaysian

chat
leave footsteps

credit
thanks bih

©nurin
thank you bih

« back
next »
Thanks, Friend
October 04, 2014 - 0 comment


You shall stop ━ because I'm fucking done.

Aku tak tahu kenapa kau panas baran. Tak nafikan, aku pun panas baran. Aku  faham, lumrah semulajadi di mana setiap manusia ada kekurangan tersendiri. Tetapi, yang memburukkan lagi apabila kita tidak mengawal kekurangan tersebut lantas jadilah macam ni. Aku faham kau kusut. Tapi sejujurnya, aku dah rasa penat untuk faham kau. Penat.

Kau ada kata, kita akan kawan sampai 10 tahun akan datang dari sekarang. Kita baru kenal setahun setengah, tapi boleh kira tak berapa banyak kali kita dah bergaduh? Tidak terkira. Ada puncanya aku juga, ya aku faham. Aku cuba ubah. Setiap kali kau pandang, kau berbual, kau senyum, kau cerita pasal perempuan tu, aku mungkin dah berjaya. Berjaya tipu kau. Malangnya, aku tidak dapat tipu diri sendiri. Aku lemah, aku cemburu, aku sakit hati. Cuma kau tak faham. Kau tak sedar. Sekurangnya aku cuba untuk mengawal hentakkan nafsu di dada. Aku cuba, tapi kau?

Ramai dah orang tanya, aku dah berapa kali bertekak dengan kau tapi masih aku sentiasa sebut nama kau. Sudah jadi rutin yang aku selalu “mention” nama kau agaknya. Ramai sudah beritahu aku, cuba sedarkan aku. Ramai cuba mengorek rahsia, tapi kepada sesetengah mereka aku menutup cerita. Aku cuba tutup keaiban, mungkin aib semua orang aku akan cuba sedaya upaya. Sebenarnya, memang aku sedar. Ini akan berakhir apabila kau macam ni. Kau tak hiraukan aku pun sebenarnya. Kau lebih pentingkan yang baru. Lagipun, aku memang suka berbual dengan kau bila kau tak ada sesiapa. Lebih privasi. Tapi sekarang macam dah lain. Ingat lagi kau pernah cakap, "Nasib baik kau datang kalau tidak aku alone.". Tapi tidak selepas beberapa minit apabila yang baru muncul, yang lama ini ditinggalkan nyawa-nyawa ikan. Ikut hati, aku mahu akhirkan sakit di hati tetapi aku cuba kuatkan hati. Fungsikan akal sepenuhnya supaya tidak terpengaruh sepenuhnya terhadap perasaan. Aku fikir yang kau sudah banyak bantu, beri khidmat nasihat serta mengubah aku ke arah positif. ━ Dulu.

Kau pun tahu, tahun depan kita dah tidak berjumpa lagi. Kau tahu. Cuma kau tidak kisah. Kau dah tak fikir lagi. Aku je yang fikir untuk mencari kenangan bersama. Sekurangnya, kita ada kenangan untuk dijadikan tatapan. Bukan sekadar gelak-tawa di sekolah. Yes, I expected too much. Bodoh. You already have new. I know I'm just another back-up, sparepart just in case later you'll get lonely. That's fine, aku faham. Aku cuba untuk faham yang aku pun bukan ada seorang je kawan. Tapi aku tidak boleh nafi yang memang kau seorang yang memahami keadaan aku. Dulu. Sekarang? Kau berubah. Kau taknak rapat, kau taknak anggap aku special, I'm okay. Tapi tak perlu kot layan aku macam haiwan yang tak ada naluri. Suka-suka kau marah, suka-suka kau rapat, suka-suka kau benci. Aku manusia, tahu tak?

Kau sendiri tahu yang aku sekarang dalam masalah. Sekarang, kau pula tambah masalah aku. Kepala aku dah penat fikir, sekarang tambah lagi. Bukan setakat itu, malah kau seperti lebih gembira bila dengan friend-foe aku. Siapa yang tak sentap?

Kadang-kadang aku fikir, semua ini berlaku kerana aku ke? Satu demi satu sahabat meninggalkan aku. Aku terkapai-kapai memanjat mencari kebahagiaan dalam persahabatan, malah aku tidak sedar bahawa aku sedang berlari ke belakang. Semakin aku mencuba untuk aku maju ke hadapan, semakin mundur aku dibuatnya. Bodoh ━ Memang nasib.

Senang cerita, lebih baik berhenti berkawan. Sudah tertulis agaknya yang aku tidak akan berjaya dalam persahabatan. Mungkin aku yang lemah untuk terima hakikat. Memang aku tak layak ada sahabat. Aku tak layak.

Tak layak.

Lets ends. ━ Friendship.

Thanks for everythings.

Thanks, friend